Bila cakap pasal supermarket, dekat Semenanjung ramai akan fikir jenama seperti Mydin, Lotus’s ataupun AEON. Tetapi dekat Sabah dan Sarawak pula lain sikit sebab ramai orang lebih biasa membeli dekat Servay Hypermarket.
Servay sama seperti supermarket lain yang menjual pelbagai barang keperluan harian seperti beras, minuman, makanan dalam tin, sayur, buah-buahan, barang dapur dan macam-macam lagi.
Kalau tanya orang Sabah dan Sarawak, ramai memang anggap Servay ni antara tempat yang lengkap sebab banyak barang senang cari dekat situ tanpa perlu pergi banyak tempat lain.
Cara mereka tarik pelanggan pun lebih kurang sama macam supermarket lain. Mereka selalu buat promosi, pasang banting dekat tepi jalan dan ada membership sendiri untuk kumpul point pelanggan.
Servay juga memang sudah lama berada dekat pasaran Sabah dan Sarawak. Sebab itu ramai pelanggan dekat sana sudah biasa membeli dekat situ sejak dulu lagi.
Dekat sesetengah kawasan Sabah dan Sarawak juga belum ada terlalu banyak pilihan hypermarket besar seperti dekat Semenanjung. Sebab itu Servay masih jadi antara pilihan utama ramai penduduk dekat sana.
Cuma ramai tertanya juga sama ada Servay akan terus kuat pada masa akan datang kalau lebih banyak jenama besar seperti Mydin ataupun AEON mula masuk dan berkembang dekat Sabah dan Sarawak.