Quaker Oats: Syarikat Yang Telah Dibeli Pepsi?

Ramai tidak percaya syarikat Quaker Oats ini sebenarnya telah dibeli oleh PepsiCo, iaitu syarikat gergasi di belakang minuman Pepsi pada tahun 2001.

Kalau Pepsi kelihatan tidak berapa sihat untuk diminum tetapi masih ramai yang minat, Quaker Oats pula dipasarkan oleh PepsiCo sebagai makanan yang sihat untuk semua.

Cara Quaker Oats Buat Pemasaran:

1. Posisikan Jenama Mereka Sebagai Produk Turunkan Kolesterol

Iklan Quaker Oats dahulu selalu akan meletakkan gambaran jantung dan iklan tersebut memberitahu bahawa Quaker Oats boleh menurunkan kolesterol. Ini kerana mereka mahu menyelesaikan masalah ramai orang di Malaysia dan Indonesia yang mempunyai masalah kolesterol tinggi.

2. Tunjukkan Quaker Oats Sebagai Makanan Protein Dan Bertenaga

Iklan mereka mesti akan menunjukkan sama ada seorang ibu atau seorang ayah yang mahu ke tempat kerja pada waktu pagi, ataupun budak kecil yang mahu ke sekolah akan bersarapan dengan Quaker Oats. Ini kerana ramai orang mahukan sarapan yang bertenaga. Quaker Oats membekalkan tenaga tambahan dan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Di situlah Quaker Oats diposisikan sebagai makanan yang sihat. Agak unik bukan? Daripada syarikat minuman bergas Pepsi, kini mereka memiliki Quaker Oats yang menyihatkan.

 

3. Buat Keunikan Produk

Mereka ada membuat macam-macam versi Quaker Oats seperti versi biasa, perisa strawberi, dan juga coklat. Kepelbagaian ini yang menarik minat ramai orang. Ada yang makan Quaker Oats ini atau meminum versi coklat akan berasa cepat kenyang. Anda boleh mencubanya ketika sahur, memang tidak akan berasa lapar sangat ketika berpuasa di bulan Ramadan.

4. Berkongsi Resipi

“If you want something, you have to give something first.” Syarikat Quaker Oats selalu akan berkongsi ilmu resipi dalam bentuk video untuk memasak ataupun cara untuk membuat makanan yang unik serta menarik. Akhirnya, mereka akan selitkan produk Quaker Oats ini di dalam hidangan tersebut. Ini merupakan strategi yang banyak jenama besar gunakan. Mereka berkongsi ilmu masakan secara percuma, dan akhirnya sama ada pihak mereka sendiri, tukang masak, pempengaruh, ataupun artis akan memberitahu penonton untuk menggunakan produk makanan daripada jenama ini.