Mr Muscle: Ke Manakah Pergi Iklan Mr Muscle?

Kalau dulu bila buka TV sahaja kita akan nampak iklan produk Mr Muscle ini di Malaysia, tetapi sekarang sejak ramai sudah kurang tonton TV, jadi susah nak nampak iklan TV Mr Muscle ini.

Mr Muscle ini masih wujud lagi sebenarnya dan dia adalah syarikat yang sama dengan Raid, iaitu S. C. Johnson. Jadi sebenarnya jenama Mr Muscle ini sudah kuat. Produk Mr Muscle ini sebenarnya memang banyak di supermarket, kedai masih menjualnya sebab masih ramai setia guna jenama ini.

Jadi, apa punca sebenarnya yang membuatkan Mr Muscle sudah tidak muncul di TV? Ini antara sebabnya:

1. Pengguna Sudah Beralih Ke Smartphone Dan AI

Mereka tidak perlu buat iklan sangat sebab dulu iklan di TV. Kalau sekarang mereka nak masuk di TV pun tidak guna dan tidak berbaloi sebab ramai orang sudah beralih daripada tonton TV ke smartphone, tonton media sosial seperti TikTok, YouTube, Facebook Reels, Instagram Reels dan sekarang hanya guna AI seperti Gemini, Claude, ChatGPT.

2. Iklan Digital Di Banyak Negara

Iklan Mr Muscle ini kalau anda perasan di YouTube, mereka bukan sahaja di Malaysia, malah sekarang ada di Indonesia, Thailand, ada bahasa India dan bahasa Cina kerana mereka sudah masuk banyak negara. Disebabkan networking syarikat S. C. Johnson inilah yang memudahkan jenama Mr Muscle ini berkembang dengan cepat.

Itu kita cerita tentang macam mana mereka berkembang walaupun tanpa iklan di TV hari ini. Tetapi pada zaman dahulu pula, macam mana iklan Mr Muscle ini boleh buat ramai orang ingat dengan jenama mereka?

1.  Gunakan Jingle “Mr Muscle”

Kalau perasan, iklan Mr Muscle mesti tidak akan lari daripada watak wanita yang ada masalah kotoran sama ada di tandas ataupun di dapur. Selepas itu, sama ada ibu atau anak yang mengadu tentang masalah ini, akan muncullah Mr Muscle. Pada waktu itulah mereka akan menjerit terkejut “Mr Muscle!” berserta bunyi lagu latar belakang superhero. Jingle iklan inilah yang mereka buat supaya orang yang menonton iklan tersebut konsisten ingat dengan jenama Mr Muscle ini.

2. Buat Kartun Mimik Maskot

Kartun maskot Mr Muscle inilah sebenarnya yang membuatkan orang lagi senang ingat jenama mereka berbanding kalau sekadar guna logo huruf. Kalau perasan, jenama seperti Koko Krunch dan Kellogg’s, semuanya ada kartun atau maskot yang membuatkan orang senang ingat jenama syarikat mereka.

3. Panggilan Mr Muscle

Ini dipanggil sebagai teknik brainwashing di mana mereka meletakkan panggilan “Mr” sebelum perkataan Muscle untuk buat orang lebih mudah ingat jenama mereka. Bila kita sebut sahaja “Mr”, secara tidak langsung kita akan teringat Mr Muscle. Malah di luar negara pun, memang sudah biasa orang memanggil lelaki dengan panggilan “Mr”.