

Zaman sekarang dah makin canggih dengan teknologi AI. Budak budak Gen Z pun dah mula beralih arah dan dah tak biasa guna cash atau pergi keluarkan duit dekat ATM.
Mereka lagi suka transfer online dengan scan QR code je.
Pergi makan dekat restoran ataupun singgah dekat bazar tepi jalan pun semua orang asyik nak scan QR je bila nak bayar. Semua benda nak setel guna QR sebab benda ni tersangatlah senang.
Ramai orang malas nak pegang duit kertas banyak banyak dalam dompet. Dah lah tebal lepas tu rimas pula dengan problem duit syiling melambak lambak yang susah nak bawa ke mana mana. Lebih baik transfer online je.
Pergi klinik nak bayar kos rawatan doktor pun pakai QR. Beli barang dekat supermarket pula asyik asyik nak suap debit card atau guna paywave.
Mesin ATM ni ada orang nak guna lagi ke masa depan nanti?
Duit cash ada laku lagi ke zaman AI ni?

Bayangkan pula nanti bila masuk zaman meta glass dan zaman smartphone orang dah tak pakai langsung. Macam mana kalau tahun 2030 ke atas nanti orang dah buang smartphone dan semua orang buat transaksi bayaran hanya guna kacamata pintar tu je. Memang tak ada maknanya lagi orang nak pergi cari mesin ATM.
Manusia ni makin hari makin nak senang dan makin malas. Kalau dulu maklumat semuanya di hujung jari tapi masa depan nanti maklumat terus terpapar depan mata bila guna meta glass. Nak bayar apa apa pun cuma guna pandangan mata je.
Ikutkan duit cash takkan hilang terus sebab orang tua dengan orang kampung masih perlukan duit kertas. Tapi mesin ATM dekat bank memang akan makin kurang sebab kedai kedai pun dah tak nak terima duit kertas sangat. Semua orang dah beralih pakai teknologi depan mata je nanti.