Macam KFC Tapi Sebenarnya Bukan, Ini MFF

Sekali tengok memang ramai ingat MFF ni macam KFC sebab konsep dia lebih kurang sama. Ayam goreng, fries, burger dan cara order pun nampak macam restoran fast food lain.

Tetapi ramai yang pernah cuba cakap ayam dekat sini memang sedap dan isi dia pun besar. Ada juga yang lagi suka burger mereka sebab rasa dia lain daripada fast food biasa.

MFF juga bukan setakat jual ayam goreng sahaja. Dekat sana ada waffle, ice cream dan beberapa menu lain yang buat ramai orang suka datang makan dekat situ.

Dari segi harga pula, ramai rasa MFF lebih berbaloi. Kalau makan ramai dekat fast food lain kadang boleh cecah mahal, tetapi dekat MFF sekitar RM48.90 sudah boleh dapat ayam, nugget, fries dan air botol besar.

Sos pun boleh tambah dan makanan siap dihantar terus ke meja. Itu yang buat ramai orang rasa lebih puas makan dekat situ.

Tempat mereka pun selesa sebab ada cawangan yang dua tingkat dan ruang makan lebih luas. Kalau duduk dekat atas memang rasa lebih santai terutama waktu malam.

Kalau tengok warna kedai pun memang ada identiti sendiri. KFC lebih terkenal dengan warna merah putih tetapi MFF banyak guna warna kuning dekat kerusi dan dekorasi kedai mereka.

Servis pekerja dekat sana pun antara benda yang ramai puji sebab layanan mereka mesra dan cepat.

Dari segi halal pula, MFF sekarang masih dalam proses permohonan halal JAKIM. Memang ramai tahu proses halal JAKIM bukan senang sebab banyak syarat dan pemeriksaan perlu lepas dulu sebelum dapat sijil halal.

Cuma sekarang ramai fikir boleh ke MFF lawan KFC pada masa akan datang terutama dari segi marketing dan kekuatan jenama.

Tetapi satu benda yang ramai setuju, burger dan ayam dekat sana memang antara menu yang buat pelanggan datang lagi