Ramai kenal Khairul Aming terutamanya dengan tagline dia “whatsup guys” yang selalu viral di TikTok setiap kali bulan Ramadhan tiba. Persoalannya apa sebenarnya rahsia kejayaan Khairul Aming sampai boleh buat untung berjuta-juta ringgit?
1. Fokus personal branding
Khairul Aming adalah influencer pertama dalam Malaysia yang masih lagi kekal relevan sampai sekarang. Dia gunakan kesempatan ini untuk kuatkan personal branding dengan cara kongsi ilmu resepi memasak secara percuma. Bila dia selalu kongsi resepi orang ramai mula percaya dan label Khairul Aming sebagai orang yang pandai masak walaupun dia bukan seorang chef. Lagi banyak ilmu yang kita kongsi lagi tinggi tahap kepercayaan orang terhadap diri kita.
2. Gunakan trust untuk launch produk
Bila Khairul Aming sudah popular dan sentiasa kongsi resepi masak sampai banyak brand besar ajak kolaborasi baru dia mula lancarkan produk sendiri. Disebabkan video resepi yang dia kongsi tersangatlah viral jadi bila dia jual Sambal Nyet orang terus automatik fikir produk tu mesti sedap gila. Kesannya produk pertama dia itu berjaya dapat jualan sampai jutaan ringgit.
3. Fokus dengan raving fan
Walaupun dia sudah untung berjuta dengan Sambal Nyet dia tak gelojoh keluarkan macam-macam barang lain. Dia fokus jaga pembeli setia sampai wujud kelompok peminat fanatik yang gilakan produk dia. Bila peminat setia sudah ramai baru dia lancarkan produk kedua iaitu Rendang Dendeng. Kesannya hanya dalam masa beberapa saat sahaja dia buat live di TikTok berdesup orang order sampai sekelip mata boleh dapat jualan berjuta ringgit sebab adanya kelompok peminat fanatik yang kuat.
4. Buat produk jadi limited edition
Khairul Aming tak selalu buat live atau jual produk dia hari-hari kalau kita perasan. Dia sengaja buat benda tu jadi limited edition dan keluar ikut musim tertentu sahaja. Strategi ini membuatkan orang ramai akan sentiasa tercari-cari dan tertunggu-tunggu bila produk itu akan dijual semula. Strategi limited edition ini memang menjadi kalau kita sudah ada ramai peminat setia yang percaya dengan brand kita.