




Dalam banyak-banyak jenama sarapan pagi seperti Vico, Horlicks, KitKat, dan Cadbury, kenapa lah ramai masih lagi memilih Milo? Sedangkan ada banyak lagi jenama lain, tetapi Milo yang melekat bila nak bagi sarapan untuk anak-anak?

1. Marketing Milo Kekal Bertenaga
Walaupun Milo dilabel sebagai mempunyai kandungan gula yang tinggi oleh ramai orang Malaysia, tetapi Milo selalu position-kan brand dia dengan cara yang sangat bijak.
Mereka buat iklan dengan menunjukkan seorang budak sekolah lelaki yang kecil pergi sekolah dalam keadaan tidak bertenaga dan tidak bersemangat. Akhirnya, lepas minum Milo, dia terus jadi bertenaga. Ibu bapa masih terpengaruh dengan iklan Milo ini kerana hanya jenama Milo sahaja yang position-kan jenama mereka untuk bantu budak-budak sekolah kekal bertenaga dengan minum sarapan Milo.

2. Gambar Budak Sekolah Dekat Paket Milo
Kalau anda perasan, dekat paket Milo ataupun tin Milo mesti ada gambar budak sekolah yang bersukan jadi model. Sama ada dekat paket atau tin Milo besar, hinggalah ke minuman tin Milo kecil.
Mereka sebenarnya nak menarik minat ibu bapa untuk belikan Milo ini untuk anak-anak mereka. Dan dalam masa yang sama, strategi ini sebenarnya boleh menarik juga perhatian budak-budak untuk mempengaruhi ibu bapa mereka supaya beli Milo untuk mereka.
3. Free Sample Milo
Ingat tak Milo yang lori sekolah selalu bagi free dalam cup kecil tu? Sedapkan Milo dalam cup yang percuma tu? Tak sama dengan Milo yang lain, kan?
Ini sebenarnya strategi marketing Milo dari dulu lagi, iaitu bagi percuma kepada anak-anak supaya akhirnya bila mereka rasa yang percuma pun dah sedap, mereka mengharapkan bila ibu bapa mereka beli Milo yang biasa ni pun akan rasa sedap yang sama.
Tetapi realitinya, semua Milo tak sama rasanya. Milo tin tak sama dengan paket atau botol, dan Milo percuma dari lori tu jugalah yang paling ramai orang suka. Strategi Milo adalah nak bagi orang tertagih dengan bagi free Milo yang sedap. Akhirnya, bila nampak jenama Milo dekat supermarket atau kedai, ramai yang akan sanggup beli sebab yang percuma pun dah sedap.