Kenapa Kedai Jam Masih Lagi Relevan Walaupun Wujud Saingan Jam Online?

Jam dulu ramai orang beli dekat kedai, tetapi sekarang dah wujud persaingan sengit dekat online. Sekarang ni pun orang boleh search sahaja jenama jam yang kita nak atau ikut bajet kita guna ChatGPT, Gemini, ataupun Claude. Tetapi ramai yang masih memilih untuk beli jam dekat kedai untuk tahun 2026 ini kerana atas sebab-sebab tertentu.

1. Boleh Lihat Display Dan Cuba Pakai Jam

Kalau dekat media sosial atau platform online seperti Shopee atau TikTok, korang tak boleh cuba pakai jam yang korang nak tu sebab takut tak sesuai dengan pergelangan tangan. Ramai juga yang takut kes indah khabar dari rupa bila beli secara online. Gambar dekat internet nampak cantik, tapi akhirnya bila order online dan barang sampai, jam tu tidak seperti dalam gambar ataupun video. Jadi sebab itulah ramai orang masih lagi percaya dengan kedai fizikal.

2. Senang Nak Repair Jam Kalau Dekat Kedai

Jikalau jam baru korang rosak, kalau beli online biasanya waranti tetap ada, tapi malangnya korang kena pos dan perlukan bayaran postage. Kadang-kala benda ni ambil masa yang lama untuk siap semula. Berbeza kalau dekat kedai jam, korang hanya perlu pergi ke kedai dan boleh siap pada hari yang sama juga. Korang hanya perlu bayar untuk servis perbaiki jam tu. Kalau hantar ke kilang asal melalui kedai pun ia lebih terjamin dan selamat berbanding online sebab kedai jam selalunya akan bagi resit.

Servis jam ni selalunya benda ringan seperti kena tukar bateri, jarum jam tak bergerak, atau tarikh dekat jam salah. Benda-benda ini adalah masalah yang biasa berlaku bila pakai jam, utamanya bagi golongan lelaki. Sebenarnya memang tak ada orang yang akan gunakan servis online untuk repair jam buat masa ini sebab servis dekat kedai jam macam ni jauh lebih dipercayai.