Kenapa Jenama Lifebuoy Guna Label Gambar Ibu Bapa Dengan Anak?

Ramai yang persoalkan kenapa jenama Lifebuoy gunakan label seorang lelaki dengan anaknya tetapi tiada ibunya. Sekarang pula ada gambar wanita dengan anaknya tanpa suami, sehingga ramai membuat sindiran dan mendakwa kononnya ia untuk duda dan janda. Lebih dahsyat lagi, ada label Lifebuoy yang hanya memaparkan gambar kanak-kanak sahaja tanpa ibu bapa, lalu disindir sebagai label untuk anak yatim di media sosial.

Tapi sebenarnya ada maksud kenapa Lifebuoy buat seperti itu. Mereka sebenarnya menyasarkan golongan ibu bapa untuk membelikan sabun tersebut buat anak-anak mereka.

Kenapa ada label yang fokus untuk ibu dan anak sahaja? Ini kerana ramai yang membeli barang dapur termasuklah peralatan tandas terdiri daripada golongan wanita yang bekerja atau suri rumah. Bila mereka nampak label seorang wanita dengan anaknya, ia sebenarnya akan menarik perhatian mereka sebab kelihatan ada persamaan. Mereka pun wanita dan mempunyai anak.

Ada label Lifebuoy yang hanya meletakkan gambar lelaki dan anak mereka. Ini pun sebenarnya bukan bertujuan untuk menarik kaum lelaki. Dalam realiti sebenar, wanita yang akan membeli barang dapur. Walaupun label itu memaparkan lelaki bersama anak, bila wanita nampak, mereka akan terfikir sabun ini sesuai untuk suami dan anak-anak mereka, jadi mereka juga akan merasakan ada persamaan.

Begitu juga sebab apa ada label Lifebuoy yang hanya meletakkan gambar kanak-kanak sahaja. Ia bertujuan untuk menarik wanita yang bergelar ibu untuk membelikan sabun terbaik untuk anak mereka, kerana wanitalah yang lebih mudah tersentuh emosi dan selalu terpengaruh dengan strategi pemasaran sebegini berbanding lelaki.

Wanita juga individu yang lebih cepat tersentuh emosi dan mereka lebih mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka berbanding lelaki. Maka, sasaran sebenar Lifebuoy adalah golongan wanita, terutamanya seorang ibu yang lebih mengutamakan keluarganya daripada orang lain. Itulah sasaran sebenar Lifebuoy.