Bagaimana Syarikat Asal Dari Jepun MamyPoko Berkembang Di Malaysia?

Pampers ada banyak jenama di pasaran macam Huggies, Drypers, dan lain-lain. Tapi salah satu jenama yang semua orang pernah dengar ialah MamyPoko. Apakah punca mereka boleh berkembang pesat dekat Malaysia sedangkan jenama ini sebenarnya berasal dari Jepun?

Dapat sesuaikan diri dengan pasaran Malaysia

Kalau ikut logik, memang ramai ingat MamyPoko ni jenama tempatan dari Malaysia, tapi sebenarnya ia berasal dari Jepun di bawah syarikat Unicharm Corporation. Iklan mereka diadaptasi mengikut kesesuaian negara masing-masing. Contohnya di Indonesia mereka guna suara bahasa Indonesia, manakala di Malaysia pula guna suara bahasa Melayu yang betul-betul melekat dekat hati ibu-ibu orang Malaysia.

Iklan yang menarik dan ada maskot

Kalau perasan, MamyPoko ni lain daripada iklan pampers yang lain sebab iklan mereka ada watak kartun beruang putih yang selalu muncul. Beruang ni akan sebut “MamyPoko”, dan cara ini buatkan orang lebih senang ingat jenama tersebut. Dari segi psikologi manusia, kita memang lebih mudah ingat sesuatu jenama kalau ada watak kartun berbanding sekadar logo dan warna.

Nama jenama yang susah orang nak lupa

Dalam banyak-banyak jenama pampers, hanya MamyPoko yang ada perkataan “Mamy”. Perkataan ini terus buatkan ramai orang teringat dekat ibu. Bila anak panggil “mami”, secara tak langsung terus teringat kat MamyPoko. Strategi guna nama daripada panggilan harian mak ayah macam mama, mami, atau papa ni memang teknik yang sangat bijak. Jadi tak peliklah bila anak panggil “mami”, seorang ibu bila nampak perkataan MamyPoko dekat pasar raya terus rasa lebih terikat dan nak beli.

Kalau pendapat anda pula macam mana?