




Bila nak tahu adakah jenama syarikat korang kuat atau tidak, cuba tanya soalan ni. Adakah jenama korang disebut bila dibandingkan dalam top 5 jenama yang korang ingat bila guna satu produk?
Bila ditanya apakah jenama ubat nyamuk yang korang akan ingat, mesti korang akan ingat Ridsect, Shieldtox, Fumakilla. Ini semua jenama yang semua orang Malaysia tahu. Kalau korang sendiri ada jenama ubat nyamuk sendiri tapi orang masih tak sebut, maka jenama korang sebenarnya belum lagi kuat seperti Syarikat Ridsect.
Kenapa orang pilih jenama ubat nyamuk ni dan salah satu yang paling kuat adalah jenama Ridsect. Permulaannya rasanya semua tahu Ridsect, barulah wujud Shieldtox dan Fumakilla tetapi dalam banyak-banyak ubat nyamuk kenapa Ridsect yang selalu jenama orang ingat dulu?
1. Ridsect Muncul Iklan Awal Dekat TV
Ridsect adalah ubat nyamuk orang paling banyak guna sebab dialah salah satu jenama ubat nyamuk yang paling pertama masuk TV dari zaman dulu. Kalau korang ingat, macam-macam dah iklan Ridsect dan jenama Shieldtox yang kita masih boleh ingat.

2. Ada Produk Ubat Nyamuk Yang Unik
Ubat nyamuk legend yang bakar guna ubat nyamuk lingkaran hijau Ridsect ini memang popular zaman dulu sebab memang jauhkan nyamuk dan sebenarnya hanya Ridsect yang ada ubat macam ni.

3. Wujud Macam-Macam Produk Baru Daripada Permintaan Pelanggan Sendiri
Sekarang disebabkan Ridsect jenama dorang sangatlah kuat, dorang keluarkan macam-macam Ridsect. Kalau dulu hanya untuk misi menghapuskan nyamuk dengan racun Ridsect, sekarang ada ubat racun Ridsect cicak, Ridsect lipas, dan water-based.
Mungkin korang terfikir kenapa dorang keluarkan macam-macam produk sampai lipas pun ada? Jawapannya supaya syarikat Ridsect buat lebih banyak duit sebab pelanggan ni akan berfikiran oh ada Ridsect untuk cicak mesti ini boleh hapuskan cicak lebih mujarab, dan begitulah dengan lipas dan yang lain.