Apa Rahsia Marketing Secret Recipe Dalam Perniagaan?

WhatsApp Image 2026-05-10 at 5.10.16 PM

Secret Recipe merupakan antara jenama kek paling popular di Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Ramai yang pernah membeli atau sekurang-kurangnya mengenali jenama ini terutama ketika sambutan hari jadi, majlis keluarga ataupun acara tertentu.

Kalau diperhatikan, harga sepotong kek Secret Recipe seperti Chocolate Indulgence kadang-kadang boleh mencecah lebih RM10 sepotong. Malah ada kek penuh yang dijual sehingga ratusan ringgit, tetapi pelanggan masih sanggup membeli.

Ramai mungkin kata sebab kek mereka sedap. Memang betul, tetapi sebenarnya banyak lagi kedai kek lain yang sedap. Bezanya, tidak semua jenama mampu jadi sepopular Secret Recipe.

Bila orang dengar sahaja nama Secret Recipe, ramai sudah boleh bayangkan rasa kek mereka. Ada juga yang terus teringat sambutan hari jadi, makan bersama family ataupun momen tertentu bersama orang tersayang.

Sampai ada pelanggan yang sanggup upload gambar kek Secret Recipe di media sosial sebab rasa seronok dapat sambut hari istimewa menggunakan kek tersebut. Iyalah, bila sudah beli kek mahal sampai ratusan ringgit, mestilah ramai mahu kongsi dengan orang lain.

Walaupun ada yang menganggap harga Secret Recipe agak mahal, perkara itu tidak banyak menjejaskan jualan mereka. Ramai pelanggan membeli bukan sebab mahu kek paling murah, tetapi sebab mereka sudah yakin dengan jenama tersebut.

Ada pelanggan yang mahu belikan untuk ibu bapa, pasangan, anak-anak ataupun ahli keluarga mereka. Dalam kepala ramai pengguna, Secret Recipe memang sudah lama dianggap antara jenama kek yang sesuai untuk sambutan hari istimewa.

Disebabkan itu, ramai pelanggan daripada pelbagai golongan tetap membeli walaupun harga barang semakin naik. Bila sebut sahaja jenama kek yang popular di Malaysia, nama Secret Recipe memang antara yang paling cepat diingati ramai orang.

Secret Recipe juga pernah menggunakan artis terkenal seperti Mira Filzah dan Awal Ashaari sebagai duta jenama mereka. Bila artis terkenal jadi duta, orang lebih mudah ingat sesuatu jenama terutama pengguna muda yang memang mengikuti artis tersebut.

Sampai sekarang pun ramai masih nampak wajah Mira Filzah dalam promosi Secret Recipe kerana pengaruh beliau masih kuat dalam kalangan pengguna.

Ramai pelanggan sekarang sebenarnya bukan terlalu fikir benda paling murah. Mereka lebih fikir apa yang nampak lebih yakin dan sesuai untuk diberikan kepada orang tersayang ketika sambutan hari penting.