4 Sebab Cool Fever Jadi Dan Relevant Sampai Sekarang

Cool Fever ialah produk yang memang satu Malaysia dah tahu dan jenama yang ramai orang guna. Kalau nak cakap pasal iklan, pemasaran mereka sebenarnya tak ada lah menarik sangat, tapi kenapa ramai orang tetap beli? Ini sebabnya.

1. Produk yang sangat simple

Kebanyakan produk yang berjaya adalah produk yang sangat ringkas. Produk Cool Fever ni boleh dikatakan tiada saingan rapat sebab dialah produk pertama yang orang terus fikir bila nak sejukkan badan dan turunkan demam secara pantas. Nak cakap produk ni terlalu unik pun tidak, jadi sebagai usahawan, kita patut faham yang satu produk ringkas pun dah cukup kalau ramai orang memang betul-betul nak guna.

2. Memberi penyelesaian terus untuk masalah demam

Cool Fever fokus kepada satu masalah utama iaitu demam. Sebelum kewujudan produk ni, ramai pelanggan tak tahu cara paling mudah nak kurangkan panas demam dengan cepat selain tuam kain basah. Cool Fever hadir memberi penyelesaian terus untuk masalah yang selalu orang hadapi tapi tak ramai perasan sehinggalah produk ini wujud.

3. Pantas menyelesaikan masalah

Zaman sekarang semua orang nak serba pantas. Tambah lagi zaman AI ni, ramai nak jawapan terus tanpa perlu tunggu lama. Cool Fever dah lama faham konsep ini. Produk mereka sangat pantas untuk digunakan—buka sahaja pelekat Cool Fever, terus boleh tampal dekat dahi, semudah ABC. Malah, kalau nak lagi sejuk, ada yang suka simpan dalam peti ais dulu. Disebabkan kepantasannya, orang sanggup cari Cool Fever dekat 7-Eleven walaupun tengah-tengah malam bila anak tiba-tiba demam kecemasan.

4. Perkembangan dengan produk baharu

Dulu kita ingat Cool Fever ni hanya fokus untuk kanak-kanak dan orang dewasa sahaja. Selepas itu, mereka keluarkan variasi khas mengikut fokus sasaran, seperti versi pink untuk bayi yang lebih lembut pada kulit sensitif, manakala kotak biru dan hijau untuk kanak-kanak serta orang dewasa. Sekarang, produk mereka bukan lagi terhad untuk demam sahaja. Mereka dah keluarkan semburan sejuk (cooling spray) untuk orang yang rasa panas badan atau berada di luar kawasan. Jenama ini sangat hebat sampai apa sahaja jenis produk baharu yang mereka keluarkan, orang ramai tetap setia untuk beli.