4 Cara Aicha Buat Marketing Untuk Tarik Ramai Pelanggan

aicha_01

Aicha merupakan antara jenama minuman yang semakin popular terutama dengan menu milk tea boba, ice cream dan pelbagai minuman manis lain. Ramai mungkin tidak perasan sebenarnya Aicha ada beberapa cara tersendiri untuk tarik pelanggan datang ke kedai mereka.

1. Jual Produk Murah Untuk Tarik Orang Masuk Kedai

Antara produk yang sering jadi perhatian ialah ice cream Aicha yang dijual dengan harga murah. Ada yang suka beli vanilla ice cream bersama chocotop sebab rasanya sedap walaupun harga tidak mahal.

Aicha juga ada banyak pilihan flavour lain seperti milk tea, matcha, sea salt mango dan ada juga ice cream milk tea yang ramai suka cuba.

Ice cream tu mungkin tak untung banyak sangat, tetapi itu sebenarnya salah satu cara untuk tarik orang masuk ke kedai mereka.

Bila sudah masuk ke kedai, ada yang akhirnya tambah pembelian lain seperti milk tea, boba ataupun minuman lain. Ada yang asalnya datang sebab mahu beli ice cream sahaja, tetapi akhirnya beli sekali minuman lain.

2. Lagu Aicha Yang Susah Nak Hilang Dari Kepala

Ramai yang pernah dengar lagu “Aicha Aicha” bila masuk ke kedai mereka. Ada yang suka dan ada juga yang rasa lagu itu sedikit mengganggu.

Kadang-kadang bila terdengar lagu itu dekat media sosial ataupun tempat lain, orang terus teringat Aicha walaupun tidak nampak logo mereka.

3. Guna Penguin Supaya Orang Mudah Ingat

Selain lagu, Aicha juga menggunakan karakter penguin sebagai identiti mereka. Bila nampak sahaja penguin tersebut, ramai terus tahu itu Aicha.

KFC, Mixue dan Coco Crunch juga antara jenama yang guna karakter sendiri.

4. Kerusi Yang Tidak Terlalu Selesa

Kerusi dekat kebanyakan kedai Aicha juga tidaklah terlalu selesa untuk duduk lama.

Ada kedai memang sengaja buat kerusi macam ni supaya pelanggan tak duduk terlalu lama.

Bila orang tak duduk lama, lagi ramai orang lain boleh masuk beli terutama waktu sibuk.