4 Strategi Kedai Roti Bakery Dapat Kekalkan dan Ramaikan Pelanggan

Ini berdasarkan pemerhatian kami sendiri bagaimana kedai Hans Bakery mendapat pelanggan setia beli dekat mereka.

Kalau nak tahu, kedai Hans Bakery ini adalah bakery yang terkenal dengan roti yang sedap. Tetapi, hanya sekadar sedap tak cukup. Kedai bakery ini berkembang, tak silap dah ada 2 cawangan, dan kedai mereka makin besar dan kelihatan dengan imej mewah. Dan inilah strategi mereka berdasarkan pandangan kami.

1. Jadi Member Hans Bakery

Hans Bakery akan offer anda untuk jadi member kepada bakery mereka. Jarang bakery akan buat macam ini tetapi mereka buat. Jadi, apa yang mereka buat adalah mereka akan offer anda untuk jadi member dengan bayar tak silap RM20 untuk setahun.

Dan bila anda jadi member, makanan roti yang anda beli akan dapat diskaun. Ini sebenarnya strategi bijak sebab pelanggan akan fikir, “Eleh RM20 sekali je, lepas tu dapat diskaun. Kalau setiap minggu beli roti rugilah tak jadi member.”

Hans Bakery memang banyak pelanggan dan bayangkanlah kalau ada hanya 1,000 orang join jadi member Hans, apa akan terjadi? Hans Bakery akan dapat RM20,000 hasil daripada offer jadi member sahaja. Itu belum cerita pelanggan dia yang ramai setia beli dekat dia.

2. Imej Yang Nampak Mewah dan Exclusive

Selalunya bakery akan nampak biasa je, tetapi cara Hans Bakery jauh berbeza di mana mereka gunakan konsep kedai roti yang nampak mewah dan exclusive.

Dekat dalam kedai ada lampu cantik, tempat duduk cantik, meja cantik, dan ada cermin bulat di setiap belakang meja. Anda boleh makan terus dekat bakery tu. Mereka juga ada buat minuman dekat situ di mana anda boleh makan bersama keluarga. Ini secara tak langsung akan menarik lebih ramai pelanggan untuk datang.

3. Suasana Ramai

Suasana ramai pun strategi ke? Ya, suasana ramai pun strategi sebenarnya. Hans Bakery memang akan penuh terutamanya hari Sabtu dan Ahad. Ramai orang akan pergi ke Hans Bakery minum dan makan roti dekat sana untuk sarapan pagi hujung minggu bersama keluarga.

Ini akan menarik lebih ramai pelanggan kerana Hans Bakery akan kelihatan nampak ramai dan meriah. Macam contohlah, kalau anda sendiri, anda nak ke kedai atau restoran yang ada ramai orang ataupun yang sunyi sepi? Mestilah yang ramai kan? Kerana apa? Kerana ramai bagi anda bermaksud kedai tu laku. Jadi, menampakkan suasana Hans Bakery yang ramai pelanggan akan tambah lagi pelanggan baru ke kedai mereka.

4. Lampu Warna Oren

Perasan tak dekat gambar roti Hans Bakery ini ada lampu oren? Kenapa mereka buat macam ni? Lampu oren ni bila kena dekat roti, akan nampak lagi fresh, cantik, nampak sedap, dan nampak lagi mewah.

Walaupun roti mereka dah terbukti sedap, tetapi kena ingat “people do judge a book by its cover”. Manusia memang suka yang terbaik, jadi mereka akan nilailah first impression sama ada roti tu nampak cantik atau tak.