Cara Ribena Buat Marketing Dan Lalui Cabaran Semasa Berkembang

Air Ribena memang sangat senang nak jumpa dekat mana-mana pasar raya besar, hypermarket, sehinggalah ke kedai runcit biasa. Kalau zaman dulu, asal tiba sahaja bulan puasa, mesti ramai orang pakat sibuk nak beli Ribena sebab teringin nak berbuka puasa dengan air ni. Tetapi apakah rahsia sebenar strategi pemasaran Ribena sampai jenama dorang mampu kekal kuat dalam pasaran? Inilah rahsia marketing dorang:

1. Buat Iklan Yang Unik Dan Lain Dari Yang Lain

Iklan Ribena ni memang terkenal dengan konsep dorang yang kreatif dan unik. Antara yang paling popular adalah sekitar tahun 2007 dahulu, masa dorang mula-mula mahu meluncurkan produk Ribena perisa Lemon. Iklan animasi itu menunjukkan buah Ribena dengan lemon akhirnya berjumpa, lepas tu dorang melompat masuk dalam air siap ada lagu tema ala-ala Bollywood lagi.

Pendekatan kreatif macam inilah yang membuatkan dorang berbeza daripada jenama air kordial yang lain. Macam yang pernah dikongsikan oleh pakar bisnes, Sir Hazz: “Marketing is not about being the best, it’s about being different.” Dan benda ni memang betul-betul menjadi untuk Ribena. Orang ramai membeli Ribena bukan sahaja disebabkan oleh faktor iklan dorang yang pelik tapi menghiburkan, malah rasa air Ribena tu sendiri memang ada identiti tersendiri yang sukar ditiru oleh jenama lain.

2. Menggunakan Tagline Ikonik “Class Kau Shahira”

Satu lagi taktik pemasaran dorang yang sangat menjadi adalah melalui impak iklan televisyen zaman dahulu. Ada satu iklan raya yang menampilkan pelakon terkenal menyambut kedatangan tetamu ke rumah dorang sewaktu hari raya. Masa air kordial ungu ni dihidangkan, tetamu tersebut terus secara spontan bercakap, “Kelasss kau Shahira!”

Tagline iklan ni punya lah popular masa tu sampai satu Malaysia pakat berjangkit ikut sebut perkataan “kelasss kau” dalam sembang harian. Strategi menggunakan ayat yang senang melekat dalam situasi raya terbukti berjaya membuatkan jenama Ribena ini sentiasa duduk dalam kotak memori pelanggan setiap kali tibanya musim perayaan.

Di sebalik kejayaan dorang berkembang, Ribena pun pernah berdepan dengan cabaran berat apabila timbul dakwaan kononnya produk dorang tidak halal. Isu tersebut pernah menyebabkan ramai pengguna Islam mula rasa ragu-ragu nak membeli air kordial ini.

Namun, isu pasal dakwaan ada kandungan alkohol ni telah pun diperjelaskan semula oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu rakaman video soal jawab agama dekat YouTube. Ustaz Azhar Idrus ada jelaskan yang kekecohan pasal isu alkohol tu sebenarnya melibatkan kilang pembuatan dekat United Kingdom (UK) atau England, bukannya produk yang dijual dekat pasaran negara kita. Jadi untuk Ribena dekat Malaysia ni memang halal dan korang tak perlu pening kepala atau was-was lagi sebab ia selamat untuk diminum macam apa yang ustaz tu cakap.