



Maggi memang jenama yang sangat popular dari dulu lagi. Sebut sahaja Maggi, mesti ramai orang terus terbayang nak makan sampai ada yang tak boleh kalau sebulan tak kena Maggi dengan kuah dorang yang pekat tu.
Jenama mi segera sup ni memang ramai orang suka sebab rasa dia sedap. Ada orang makan sebab memang teringin sangat nak makan Maggi, ada yang suka makan Maggi jenis masak letak telur goreng, ada pulak yang makan sebab terpaksa ikat perut ketika hujung bulan bagi golongan yang bekerja kerajaan ataupun swasta yang bergaji biasa. Bagi golongan yang belajar dekat universiti pulak, dorang makan Maggi sebab sebagai pelajar memang nak jimat duit belanja. Maggi sememangnya pilihan yang murah, senang masak, dan sedap.
Walaupun Maggi ni sering menerima pelbagai kritikan dari segi kesihatan yang kononnya tak baik untuk badan kalau selalu makan hari-hari, ramai peminat tegar Maggi langsung tak peduli dengan semua benda tu sebab dorang dah terlanjur cinta dengan rasa jenama ni.

Idea Baru Maggi Cup Yang Mudah Dibawa
Dulu kita cuma jumpa Maggi dalam paket yang kena masak dekat atas dapur rumah sahaja, tetapi sekarang dorang dah keluarkan dalam bentuk Maggi Cup. Produk jenis inilah yang ramai orang bawa pergi melancong ke luar negara, malah ada orang Malaysia yang menetap dekat luar negara pun tetap teringin nak makan Maggi Cup dari tanah air. Maggi sangat bijak buat konsep cup yang senang masak serta mudah dibawa ke mana-mana, jadi tidak peliklah kalau jenama dorang ni dikenali dekat banyak negara.
Dulu Hanya Kari, Sekarang Macam-Macam Perisa
Kalau zaman dulu ramai orang kenal Maggi sebagai jenama yang popular dengan Maggi Kari yang pedas, tetapi sekarang dorang dah buat macam-macam jenis perisa untuk ikut selera pasaran. Antara perisa yang paling laku keras sekarang adalah Maggi Ayam, Maggi Asam Laksa, Maggi Tom Yam, sehinggalah ke produk mi goreng dorang seperti Maggi Pedas Gila yang ada pelbagai tahap kepedasan.

Cabaran Boikot Dan Kebangkitan NuMee Gardenia
Malangnya sejak tahun 2023, syarikat Maggi mula mengalami kemerosotan pasaran disebabkan oleh faktor boikot yang berlaku dekat Malaysia. Kesan daripada isu tersebut, ramai pengguna tempatan mula beralih arah dan fokus membeli produk mi segera alternatif seperti jenama NuMee daripada syarikat roti Gardenia. Persoalannya untuk tahun 2026 ini, mampukah Maggi kembali bangkit menggemilang seperti zaman dahulu kala dan memonopoli pasaran mi segera dekat Malaysia semula?