

Jenama Febreze memang sangat kuat dekat Malaysia. Setiap wanita pasti akan membeli Febreze atau menyimpannya di rumah supaya dorang dapat gunakan ketika mahu mengemas rumah bagi memastikan suasana jadi bersih dan wangi.
Tapi kalau difikirkan balik, dahulu manusia okey sahaja walaupun tiada Febreze. Pada awal tahun 90-an, produk ini belum wujud lagi. Tetapi sejak wujudnya Febreze di pasaran pada tahun 1996, sekarang hampir setiap rumah pasti akan ada sekurang-kurangnya satu botol jenama ini. Apakah rahsia dorang sampai boleh mendominasi pasaran spray fabrik dekat Malaysia? Inilah rahsia dorang:

1. Menghapuskan 99.9% Kuman Dan Virus
Bila korang tengok iklan Febreze, dorang mesti akan sebut produk dorang boleh menghapuskan 99.9% kuman dan virus. Ini ayat yang memang selalu dorang guna sebab benda ni membuatkan ramai orang senang ingat apa kelebihan utama Febreze, iaitu boleh hilangkan kuman tidak kira dekat dalam kereta, rumah, kasut, atau dekat mana-mana sahaja.
Ayat yang diulang berulang kali ini menyebabkan pelanggan senang ingat jenama dorang dan meletakkan posisi Febreze sebagai spray fabrik yang pakar menghapuskan kuman. Ada yang persoal kenapa 99.9% dan kenapa bukan 100%? Ini disebabkan oleh undang-undang pengiklanan dekat Malaysia yang melarang produk membuat dakwaan 100% sebab itu dikira sebagai overclaim seolah-olah produk kita terlalu sempurna tanpa cacat cela. Kalau perasan, jenama besar lain seperti Dettol pun guna taktik yang sama iaitu letak 99.9%.
Ayat menghapuskan 99.9% kuman dan virus ini dah macam tagline wajib Febreze dalam iklan. Dorang selalu ulang benda ni, termasuklah dalam iklan khas sewaktu zaman PKP dahulu di mana dorang tekankan yang semburan Febreze bukan sahaja hapuskan kuman biasa, malah berkesan untuk menghapuskan virus berbahaya bagi melindungi keluarga dekat rumah.
2. Menyelesaikan Masalah Sebenar Pelanggan
Perniagaan yang bagus adalah perniagaan yang berjaya selesaikan masalah pelanggan. Febreze sedar yang ramai wanita sebenarnya mempunyai masalah di mana dorang bukan sahaja mahukan pakaian yang dibasuh itu wangi, tetapi dorang juga mahu sofa di ruang tamu, kasut, dan kereta sentiasa berbau segar.
Realitinya, kita memang tidak boleh nak masukkan sofa, tilam, atau bantal besar ke dalam mesin basuh setiap kali benda tu berbau busuk akibat peluh atau kuman selepas lama digunakan. Jadi Febreze buat produk dan fokuskan iklan dorang untuk selesaikan masalah ini. Dorang tunjuk dalam iklan yang korang hanya perlu sembur sahaja Febreze, automatik bau busuk hilang dan ruang tamu, kereta, atau kasut korang terus bertukar menjadi wangi serta-merta.
3. Iklan Yang Jelas Dengan Sasaran Pelanggan
Febreze dapat kuasai pasaran Malaysia kerana dorang sangat jelas siapakah sasaran pelanggan dorang. Sudah tentunya sasaran utama dorang adalah golongan wanita yang dah berkahwin, ada keluarga, dan ada anak-anak.
Kalau korang perasan, jalan cerita iklan Febreze tidak pernah lari daripada kisah keluarga mertua nak datang melawat, masalah bau hapak dalam kereta keluarga, atau situasi nak jemput tetamu datang ke rumah. Watak utama dorang mestilah seorang wanita berkeluarga yang pening kepala dengan masalah bau.
Contoh paling jelas adalah iklan edisi Hari Raya yang menampilkan pelakon Amyra Rosli dan Remy Ishak. Iklan raya dorang sentiasa popular dengan mesej yang sangat dekat dengan masyarakat, di mana dorang tekankan kepentingan menyembur Febreze sebelum tetamu datang berkunjung supaya rumah kekal wangi sepanjang hari raya. Sampai Remy Ishak dalam iklan pun ada kata, “Ingat kalau sayang, Febreze dahulu.”