.
.
Jenama Ayam Brand memang sangat popular dekat Malaysia. Daripada produk santan kotak, ikan sardin dan makarel dalam tin, tuna, sehinggalah ke produk lain seperti kacang panggang serta jagung manis. Ramai orang membeli jenama ini sejak zaman dahulu lagi, bermula dari zaman nenek, emak, sehinggalah membawa ke generasi kita sendiri. Apakah rahsia di sebalik strategi pemasaran dorang sampai jenama ini mampu kekal relevan sampai sekarang?

1. Pemasaran Turun-Temurun (Generational Marketing)
Sebenarnya, kita sering memilih sesuatu jenama bukan sahaja disebabkan oleh faktor iklan, tetapi hasil daripada apa yang dicadangkan oleh emak ayah atau orang terdekat. Contohnya, wanita yang menggunakan bahan masakan seperti santan kelapa biasanya akan memilih jenama Ayam Brand kerana melihat emak dorang menggunakan jenama yang sama ketika dorang membesar.
Apabila mahu memasak mengikut resipi keluarga, dorang akan menggunakan jenama barangan yang sama supaya rasa masakan itu menjadi sedap sama seperti air tangan emak dorang. Tabiat memilih jenama ini bukan sahaja berlaku pada bahan masakan, malah melibatkan barangan rumah yang lain seperti ubat gigi dan sabun cuci kain. Kebanyakan orang akan setia dengan jenama yang biasa digunakan oleh keluarga dan benda ini akan diwarisi turun-temurun selagi produk serta pemasaran jenama itu kekal relevan di pasaran.

2. Mengikut Trend Pemasaran Semasa
Kalau dahulu, jenama Ayam Brand ini jarang kelihatan membuat iklan secara agresif di televisyen. Iklan televisyen itu memang ada, cuma jumlahnya tidak banyak kerana barangan dorang sudah sedia dibeli ramai dan persaingan pasaran pada waktu itu belum begitu kuat. Dorang sudah menguasai sebahagian besar pasaran di Malaysia, jadi tiada keperluan untuk melakukan pemasaran yang terlalu agresif.
Tetapi sekarang situasi pasaran sudah berubah dan dorang mula mengikut trend semasa. Baru-baru ini, Ayam Brand menghasilkan iklan di platform YouTube menampilkan Luqman Podolski yang menyanyi bersama jenama ini. Strategi tersebut terbukti berjaya menarik perhatian generasi muda apabila iklan itu berjaya meraih sehingga 4.9 juta tontonan di YouTube setakat 24 Jun 2026 melalui video bertajuk Ayam Brand #MakanLainMacam Baked Beans.