


Ramai orang ingat bisnes dobi ni adalah bisnes goyang kaki yang senang sangat nak buat duit. Kononnya buka dobi hari ni, esok duit syiling dah penuh dalam mesin dan terus kaya. Realitinya, kalau kedai korang ramai pelanggan sekalipun, korang tetap kena hati-hati. Pastikan korang pantau bukan sekadar hasil jualan atau sales sahaja, tapi pantau juga keuntungan bersih syarikat. Jadi, ini antara benda pahit tentang perniagaan dobi yang korang wajib tahu.
1. Banyak Kebocoran Duit Yang Tak Nampak
Sebenarnya ramai ingat setiap kali pelanggan masukkan duit dalam mesin dobi, maksudnya untunglah pemilik bisnes tu. Tapi sebenarnya tidak sebab semua mesin dobi ni perlukan kos penyelenggaraan atau maintenance yang tinggi. Kalau dah lama digunakan, mesin mesti akan ada yang rosak dan perlukan kos pembaikan yang besar. Tak lupa juga bil air yang akan melambung tinggi sebab penggunaan air yang kerap, serta bil elektrik sebab kebanyakan dobi beroperasi 24 jam. Kos-kos tersembunyi inilah yang selalu makan duit untung korang.

2. Model Bisnes Sedia Ada Tak Boleh Diikuti 100%
Kebanyakan pemilik dobi mengharapkan keuntungan semata-mata daripada mesin cuci dan mesin pengering pakaian sahaja. Tapi kalau nak bisnes berkembang dan bertahan lama, korang sebenarnya kena tambah servis lain seperti servis lipat pakaian dan servis gosok baju. Cara ini barulah untung akan jadi lebih banyak. Kalau nak lebih kreatif dalam zaman sekarang, buat servis ambil dan hantar pakaian terus ke rumah. Zaman sekarang manusia semakin sibuk dan malas, jadi dorang sebenarnya lebih sanggup keluarkan duit asalkan beban kerja rumah dorang hilang.

3. Kedai Dobi Mesti Perlu Dipantau
Perniagaan dobi layan diri sebenarnya wajib dipantau rapat secara harian. Jangan biarkan kedai kosong begitu sahaja sebab risau ada kes jenayah atau vandalisme macam yang pernah masuk berita sebelum ni. Contohnya kes kucing dimasukkan dalam mesin pengering atau ada pelanggan yang mengamuk sampai merosakkan mesin dobi. Sebab itulah kedai dobi mesti kena ada CCTV yang beroperasi 24 jam dan ada orang yang pantau rakaman tu secara berkala untuk elakkan benda buruk daripada berlaku.
4. Anggapan Salah Yang Marketing Tak Perlu Buat
Zaman sekarang kedai dobi dah macam cendawan tumbuh lepas hujan dekat satu-satu kawasan perumahan. Bila persaingan dah terlalu sengit, korang tetap kena buat marketing untuk beritahu penduduk setempat tentang kewujudan kedai dobi korang. Korang kena tunjuk apa perbezaan dan kelebihan dobi korang berbanding dobi pesaing yang lain. Kalau tidak buat marketing, kedai dobi korang takkan ada ramai pelanggan dan akhirnya korang terpaksa tutup kedai.