Dulu Orang Pilih Cadbury, Sekarang Ramai Pilih Beryl’s Chocolate!

Sejak musim boikot yang melanda pada tahun 2023, ramai penggemar coklat mula beralih arah daripada jenama antarabangsa seperti Cadbury dan bertukar kepada Beryl’s Chocolate.

Beryl’s Chocolate adalah produk tempatan yang diasaskan oleh anak watan Malaysia sendiri. Sejak tahun 2023, kesedaran orang ramai untuk menyokong dan membeli produk buatan Malaysia melonjak naik berbanding produk luar negara.

Cara Beryl’s buat marketing pun sangat bijak. Mereka banyak bekerjasama dengan influencer, malah sering mendapat review percuma daripada pelanggan sendiri dekat media sosial.

Sebab apa mereka selalu dapat free marketing? Sebab Beryl’s rajin keluarkan produk yang unik dan lain daripada yang lain. Contohnya, mereka pernah keluarkan coklat perisa durian. Durian memang terkenal sebagai raja buah kegemaran orang kita, jadi bila digabungkan menjadi coklat durian.

Bukan itu saja, antara menu personal yang paling ramai orang suka adalah coklat dalam botol. Memang best buat layan sarapan pagi, celup pula dengan kopi panas-panas.! Mereka juga kreatif keluarkan variasi perisa premium lain seperti coklat matcha, sea salt dark chocolate, dan juga gula melaka. Tinggal perisa pistachio saja yang belum dikeluarkan lagi untuk musim Jun 2026 ni, memandangkan perisa pistachio tengah viral Di TikTok.

Beryl’s juga folus buat marketing secara online dengan menunjukkan muzium dan kilang pembuatan coklat mereka sampai pernah tular di TikTok.

Ini sebenarnya satu strategi yang bijak untuk menarik minat orang ramai datang melawat. Bila dah sampai ke muzium dan pusing keliling kilang, sudah tentulah tangan tu rasa gatal nak borong coklat buat buah tangan atau hadiah untuk kawan-kawan dan family.

Untuk kembangkan lagi jenama mereka, sejak tahun lepas Beryl’s dah mula buka cafe sendiri untuk mudahkan peminat coklat dorang melepak. Kalau anda nak singgah, ini alamat penuh cafe dorang:

LG2.95, Sunway Pyramid,
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor.
(Waktu Operasi: 10 Pagi – 10 Malam, Buka Setiap Hari)