Burger Ramly Gunakan Marketing Propaganda, Akhirnya Buat Billion Ringgit Setahun?

Marketing yang paling power dalam bisnes adalah marketing propaganda. Bukan anda yang cari pelanggan, tapi pelanggan yang cari anda. Itulah pandangan dan pendapat daripada pengajar bisnes, Sir Hazz.

Beliau berpendapat jenama Ramly masih buat billion ringgit setahun walaupun waktu PKP ke, ekonomi down ke, atau ekonomi tak down ke. Orang still tetap akan cari dan beli burger Ramly.

Rahsia Ramly Tak Perlu Marketing Online

Sir Hazz yang telah bantu ramai founder dan usahawan naikkan bisnes anak murid beliau daripada 0 melonjak ke RM20K hingga RM100K sebulan berpendapat, Ramly tak perlu pun buat marketing online dan tak pernah buat offer.

Sebab kalau Ramly buat offer, memang pelik jadinya sebab dia dah sedia jual murah. Tak payah cerita tentang marketing online atau hire influencer. Kalau anda perasan, ramai je influencer luar negara, even IShowSpeed pun pernah bagi review free kaw-kaw untuk burger Ramly, kata Sir Hazz.

Orang barat dan influencer luar negara siap bangga bagitahu produk Ramly adalah burger yang sedap, walaupun sekadar burger tepi jalan produk melayu Malaysia. Ini sudah tentu jadi satu kebanggaan kepada kita rakyat Malaysia.

Strategi Orang Pertama & Pelbagai Produk

Kenapa burger Ramly boleh berkembang dengan sangat hebat? Jenama Ramly sebenarnya bermula daripada founder asal dia yang mulakan perniagaan dengan modal RM2,000 sahaja. Dan beliaulah orang pertama yang supply daging burger cap halal dekat Malaysia.

Kata Sir Hazz, Ramly hebat dan jenama dia susah dikalahkan disebabkan dialah orang pertama yang masuk dalam perniagaan jenis ini dan berjaya. Sekarang, anda boleh dapat macam-macam produk jenama Ramly, bukan lagi takat nugget, french fries, atau daging burger. Even kambing perap Ramly pun ada sudah sekarang. Cuma yang paling popular dan orang kenal tetap burger Ramly tepi jalan.

Sistem Ejen Offline Yang 100 Kali Lebih Kuat

Founder jenama Ramly pun bijak. Dia tahu ramai orang nak berniaga, jadi dia buat satu sistem di mana anda boleh jual burger daging Ramly ni. Ramly sasarkan at least peniaga dia ni boleh dapat target RM10,000 sebulan.

Apa yang Ramly buat ini sebenarnya sama dengan founder-founder usahawan online kosmetik yang biasa anda nampak guna sistem ejen dan stokis. Cumanya, jenama Ramly 100 kali lebih kuat dekat offline, dan orang akan tetap pilih jenama Ramly kalau nak dibandingkan dengan jenama yang baru wujud dekat online.