Rahsia Syarikat Gergasi Macam KFC Buat Marketing Jadi Power Dulu

Dulu KFC memang popular gila. Tapi sejak isu boikot ni, perasan tak cawangan KFC dah kurang orang pergi, tak macam dulu lagi. Tapi jom kita ingat balik, apa sebenarnya yang buatkan KFC ni dulu ramai orang minat dan berebut nak beli.

1. Pantas gila

Kalau perasan, SOP KFC ni sangatlah pantas. Kalau kita order tu, sekejap je ayam semua dah siap dan boleh terus makan. Benda ni jadi sebab KFC ada SOP yang betul supaya semua makanan tersedia dengan cepat. Pelanggan ni paling malas kalau order makanan tapi kena tunggu lama-lama. Jadi KFC selesaikan masalah tu. Dah nama pun fast food, kenalah laju.

1. Pertanyaan “Ada lagi?” dekat kaunter

Perasan tak kebanyakkan kedai fast food macam KFC, McDonald’s atau mana-mana jenama popular, mesti ada satu perangkap ni. Masa kita tengah order, pekerja dia mesti akan tanya “Lagi? Ada nak tambah apa-apa lagi?”.
Bila dia tanya macam tu, automatik otak kita akan terfikir nak tambah itu ini sampai rasa eh, dah melebih pulak order ni. Sebenarnya manusia ni akan pilih pilihan yang diberi depan mata. Kalau pekerja tu tak tanya soalan “ada lagi?”, mesti kita pun tak terfikir nak tambah makanan lain.

3. Maskot atuk ayam KFC

KFC guna mimik kartun supaya orang senang ingat jenama mereka. Contohnya macam kita semua, bila sebut je KFC mesti terus ingat dekat atuk Colonel Sanders atau “atuk ayam KFC”. Kartun dan watak atuk nilah punca utama kenapa ramai orang, dari budak-budak sampai orang tua, senang ingat dekat KFC sampai sekarang.

4.Kerusi sengaja dibuat tak selesa

Pernah perasan tak kerusi dekat KFC, malah McDonald’s pun sama, kadang-kadang guna kerusi yang nampak cantik tapi sebenarnya tak berapa selesa nak duduk lama?
Sebenarnya mereka sengaja buat macam tu. Dulu kan pelanggan KFC terlampau ramai sampai penuh kedai. Jadi untuk pastikan pelanggan tak melepak lama sangat lepas habis makan, mereka buatlah kerusi yang tak berapa selesa. Bila pelanggan dah tak selesa, mereka akan cepat bangun. Jadi, pelanggan lain pulak boleh duduk, atau orang lebih rela pilih untuk takeaway dan drive-thru je