5 Sebab Jenama Popular Kuat Di Kalangan Pelajar

popular01

Bila sebut sahaja Popular, ramai budak sekolah sampai universiti memang kenal jenama ni. Walaupun sekarang ramai beli barang dekat online, Popular tetap ramai orang masuk terutama waktu musim sekolah.

Ini antara sebab kenapa Popular masih kuat sampai sekarang.

1. Nama Jenama Memang Senang Ingat

Nama “Popular” sendiri memang mudah orang ingat.

Bila dengar nama dia pun terus rasa macam tempat itu memang terkenal dan ramai orang pergi. Sebab itu ramai terus ingat Popular bila nak cari buku ataupun alat tulis.

Sampai sekarang kalau orang sebut Popular, ramai terus tahu itu kedai buku.

2. Selalu Ada Promosi

Popular memang selalu buat promosi terutama masa musim sekolah ataupun waktu tertentu.

Kadang ada diskaun buku, alat tulis dan macam-macam lagi. Dekat kedai pun selalu nampak tag offer besar-besar yang buat orang tertarik nak tengok.

Walaupun cuma promosi biasa, ramai tetap suka tengok offer macam ni terutama pelajar dan ibu bapa.

3. Banyak Buku Yang Orang Memang Cari

Popular bukan jual buku sekolah sahaja.

Dekat sana ada macam-macam jenis buku seperti novel, buku motivasi, bisnes, agama dan buku tokoh terkenal. Ada juga buku yang pernah viral dekat media sosial ataupun yang ramai orang memang sudah kenal.

Sebab itu bukan budak sekolah je masuk Popular, ibu bapa pun kadang cari buku untuk diri sendiri sekali.

Sekarang dekat Popular pun ada jual pelbagai jenis al-Quran dan bahan bacaan agama.

4. Barang Sekolah Memang Lengkap

Ramai suka pergi Popular sebab barang dekat sana memang lengkap.

Daripada pen, highlighter, fail, stapler, buku latihan sampai barang universiti pun ada. Senang sebab tak perlu pergi banyak tempat lain.

Kadang asal masuk nak beli satu barang, sekali keluar beli macam-macam.

5. Ada Jual Gadget Dan Aksesori

Selain buku dan alat tulis, sekarang Popular juga ada jual gadget dan aksesori seperti keyboard, mouse, headphone dan barang elektronik simple lain.

Budak sekolah dan budak kolej memang suka barang macam ni sebab senang guna untuk belajar ataupun gaming.

Walaupun ibu bapa yang bayar, selalunya anak-anak juga yang pengaruhi barang apa mereka mahu beli.