





Dalam banyak jenis bisnes makan dekat Malaysia, kedai mamak antara yang susah kita dengar terus tutup. Walaupun sekarang makin banyak cafe dan restoran baru muncul, kedai mamak tetap ramai orang pergi.
1. Pekerja Dan Owner Yang Sempoi
Kalau pergi kedai mamak, ramai akan perasan pekerja ataupun owner restoran mamak yang kebanyakannya berbangsa India memang jenis sempoi dan mudah mesra dengan pelanggan.
Kadang baru duduk sudah datang ambil order sambil senyum dan tegur macam kenal lama. Itu yang buat ramai orang rasa selesa lepak dekat mamak sebab vibe dia tak terlalu formal.
Ada orang datang bukan sebab makanan semata-mata, tapi sebab suka layanan dan suasana dekat situ.
2. Budaya Malaysia Memang Suka Lepak Mamak
Dekat Malaysia memang normal kalau member ajak “jom mamak”.
Nak tengok bola, borak malam-malam ataupun minum teh tarik pun ramai pilih mamak. Kadang datang berjam-jam pun sebab sembang dengan kawan.
Sebab itu kedai mamak jarang sunyi terutama waktu malam.
3. Buka Sampai Lewat Malam
Banyak kedai mamak buka sampai lewat malam dan ada juga yang buka 24 jam.
Kadang tengah malam tiba-tiba lapar, mamaklah tempat paling senang nak cari makan. Pagi orang sarapan dekat mamak, tengah hari makan nasi, malam sambung lepak lagi.
Itu yang buat mamak sentiasa ada pelanggan hampir setiap masa.
4. Menu Memang Macam-Macam
Kalau sebut mamak, bukan roti canai sahaja yang ada.
Dekat mamak sekarang boleh jumpa nasi beriani, mee goreng, ayam tandoori, kambing masala, roti naan dan banyak lagi.
Ada juga restoran mamak seperti Restoran Madeena Bistro yang jual chicken chop, lamb chop, pasta dan makanan western lain. Senang sebab kalau pergi ramai-ramai pun masing-masing tetap boleh pilih makanan sendiri.
5. Sekarang Sudah Ada “Mamak T20”
Kalau dulu kedai mamak nampak biasa dengan meja plastik dan suasana simple, sekarang ada juga mamak yang nampak lebih moden dan kemas.
Contohnya macam Restoran Madeena Bistro yang ramai suka sebab tempat dia nampak cantik dan lebih selesa untuk lepak lama.
Walaupun masih kedai mamak, suasana dia kadang nampak macam cafe. Itu yang buat ramai orang lagi suka datang terutama waktu malam ataupun hujung minggu.