Kenapa Ramai Wanita Suka Beli Dekat Bake With Yen?

bakewityen01

Bake With Yen memang antara tempat yang ramai orang pergi kalau nak cari barang baking. Dekat sini ada macam-macam barang seperti tepung, coklat, whipping cream, butter, cream cheese, acuan kek, bahan hiasan kek dan banyak lagi.

Bake With Yen mungkin jarang dimasuki lelaki, tetapi bagi wanita yang minat baking ataupun suka buat kek sendiri dekat rumah, tempat ini memang selalu jadi pilihan mereka untuk cari bahan-bahan baking.

Sekarang memang ramai suka share resepi dekat TikTok dan Facebook. Ada yang tengok video Che Nom ataupun content baking lain lepas tu cuba buat sendiri dekat rumah. Bila sudah selalu buat kek, biskut ataupun dessert, ramai mula cari tempat yang jual bahan baking dengan harga lebih murah.

Bukan semua nak jadi influencer pun, ada juga yang sekadar suka tunjuk hasil baking dekat media sosial ataupun buat untuk family dan kawan-kawan makan dekat rumah.

Ramai juga suka pergi Bake With Yen sebab banyak produk dekat sana datang daripada jenama mereka sendiri. Sebab itu ada barang yang dijual lebih murah berbanding sesetengah tempat lain.

Selain bahan baking, ada juga pelanggan yang datang sebab mahu cari makanan lebih sihat seperti walnut, almond, pistachio dan pelbagai jenis kekacang lain. Dekat situ kadang memang lagi murah daripada tempat lain.

Masa PKP dulu pun Bake With Yen antara tempat yang selalu penuh dengan pelanggan terutama ketika trend dalgona coffee dan orang ramai mula sibuk buat resepi dekat rumah. Waktu itu ramai mula belajar baking sendiri sampai ada cawangan yang penuh dengan pelanggan hampir setiap hari.