Pendapatan ZUS Coffee Cecah Ratusan Juta Ringgit, Kenapa Ramai Pilih ZUS Coffee?

WhatsApp Image 2026-04-21 at 5.05.28 PM (1)

Pendapatan ZUS Coffee Cecah Ratusan Juta Ringgit, Kenapa Ramai Pilih ZUS Coffee?

ZUS Coffee terus mencatat pendapatan ratusan juta ringgit, hasil strategi yang membuatkan jenama ini jadi pilihan utama rakyat Malaysia, berikut antara sebab yang menjadikan ZUS semakin digemari

1. Harga Lebih Mampu Milik, Tapi Rasa Masih Kena

Salah satu sebab ramai orang pilih ZUS ialah harga dia masih nampak lebih mesra poket berbanding jenama kopi premium lain.

ZUS tak cuba nampak terlalu mewah. Mereka sendiri bawa konsep “a Necessity, not a Luxury”, maksudnya kopi bukan benda mewah yang hanya dibeli sekali-sekala, tapi sesuatu yang orang boleh beli lebih kerap.

Menu seperti Buttercreme Latte dan beberapa minuman lain juga buat pelanggan rasa mereka masih boleh dapat kopi sedap tanpa perlu bayar terlalu mahal.

2. App ZUS Buat Pelanggan Datang Balik

ZUS juga kuat sebab app mereka. Bila pelanggan beli melalui app, mereka boleh kumpul point dan tebus rewards seperti minuman percuma atau voucher tertentu.

Ini sebenarnya buat pelanggan rasa rugi kalau beli tempat lain. Sebab bila sudah ada point dalam app, orang akan beli lagi supaya point itu terus bertambah.

Dekat sini pelanggan bukan datang sekali sahaja. Jadi ramai akan beli berkali-kali dekat situ sebab setiap kali beli ada rasa macam dapat sesuatu balik.

3. Selalu Keluarkan Menu Baru Ikut Musim

ZUS juga bijak tarik perhatian pelanggan dengan menu baru dari semasa ke semasa. Contohnya Banana Series yang pernah keluar sempena Chinese New Year.

Bila ada menu baru macam ni, ramai jadi rasa nak cuba lagi. Kalau menu itu nampak unik atau viral, ramai akan cuba walaupun mereka sebenarnya sudah ada minuman favourite sendiri.

Kadang-kadang menu seperti ini tidak perlu kekal lama pun. Cukup untuk buat orang rasa, “kena cuba sebelum habis.”

4. Nampak Simple, Tapi Masih Ada Vibe

ZUS tidak nampak terlalu mewah seperti kafe premium tertentu, tetapi tempat mereka masih ada vibe yang selesa untuk lepak sekejap, buat kerja atau ambil kopi sebelum sambung aktiviti harian.

Warna biru dan putih ZUS juga mudah dikenali. Bila nampak sahaja warna itu, orang sudah tahu itu ZUS.

Selain minuman, mereka juga ada makanan seperti donut, roti, pasta dan menu ringan lain. Jadi pelanggan bukan sekadar datang untuk kopi, tapi boleh juga singgah untuk makan.

Bila harga masih mampu milik, app senang guna, menu selalu berubah dan kedai senang dikenali, sebab itu ZUS makin lama makin besar dekat Malaysia.