Kenapa Ramai Pelanggan Setia Dengan Watsons? Ini Antara Sebabnya

watson-01

Watsons memang mempunyai ramai pelanggan yang setia membeli dekat Watsons. Hari ini kita kongsi antara sebab kenapa ramai orang masih suka beli barang dekat Watsons sampai sekarang.

1. Servis Yang Bagus

Kalau perasan, majoriti cawangan Watsons memang beri servis yang baik. Masuk sahaja ke Watsons mesti pekerja akan bagi bakul atau beg. Kalau kita minta tolong carikan barang atau jenama tertentu, mereka akan tolong carikan siap dengan senyuman lagi.

Bila sudah bayar dekat kaunter pun mereka tetap senyum dan ucap terima kasih dekat pelanggan. Jarang nampak pekerja Watsons ni bad mood bila layan pelanggan.

Kadang-kadang benda simple macam layanan baik pun boleh buat orang datang balik beli dekat tempat yang sama.

2. Jingle Lagu Raya Watsons

Perasan tak setiap kali nak raya mesti Watsons akan pasang lagu raya mereka terutama lagu yang Ayda Jebat nyanyi tu.

Bila dengar sahaja:

“Ada Watsons lah berseri-seri, indahnya suasana di Aidilfitri, Watsons ucapkan Salam Aidilfitri”

ramai terus teringat Watsons.

Lagu macam ni memang senang melekat dekat kepala orang. Sampai kadang-kadang bila dengar lagu itu dekat media sosial ataupun shopping mall, orang terus teringat Watsons.

Watsons juga pernah buat beberapa lagu raya lain dan Faizal Tahir pun pernah nyanyi lagu raya Watsons sebelum ini. Tetapi lagu raya Ayda Jebat memang antara yang paling ramai ingat sampai sekarang.

3. Diskaun Yang Selalu Menarik Perhatian

Kalau perasan dekat Watsons memang selalu ada sticker diskaun seperti 10%, 20%, 30% ataupun beli satu percuma satu.

Bila nampak offer macam ni, ramai orang jadi lebih cepat beli barang dekat situ juga. Kalau tak ada offer, ada yang fikir banyak kali dulu sebelum beli.

Watsons juga selalu buat promosi dekat produk tertentu terutama barang yang ramai orang guna setiap hari.