Mengenali Haslam Abdul Jalil: Siapakah Usahawan Muda Di Sebalik Nama Sir Hazz?

Siapakah Haslam  Abdul Jalil Atau Sir Hazz? Usahawan Dan Dahulunya Pengajar Bisnes Termuda Malaysia

Nama Haslam Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Sir Hazz bukan nama asing dalam dunia perniagaan tempatan. Beliau merupakan sebahagian daripada keluarga tokoh politik terkenal Sabah, Allahyarham Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang disegani ramai.

Bapa Haslam iaitu Abdul Jalil sendiri merupakan seorang tokoh politik yang sangat berpengaruh dan dikenali sebagai keluarga dato ghapur bin haji salleh yang paling berani.  Sepanjang mengemudi kempen pilihan raya dari era parti USNO, BERJAYA, Warisan sehinggalah ke GRS, setiap calon mahupun parti yang disokong bapa beliau mempunyai rekod tidak pernah tewas. Haslam Abdul Jalil sendiri pernah didorong untuk menjadi wakil rakyat pada usia muda, namun beliau menolak kerana sedar amanah kepimpinan sangat berat untuk dipertanggungjawabkan di akhirat.

Memulakan langkah dari bawah, Haslam   Abdul  Jalil pernah membekalkan pelbagai produk ke kedai gunting rambut dan syarikat tempatan secara solo. Beliau kemudian membuktikan keupayaan membina perniagaan  apabila berjaya mengumpulkan seramai 100 ahli pasukan dalam tempoh tujuh hari melalui media sosial ketika fasa perintah kawalan pergerakan.

Kejayaan tersebut membawa beliau bergelar pengajar bisnes paling muda di Malaysia pada usia 24 tahun. Beliau telah membantu ribuan usahawan menaikkan perniagaan sehingga meraih jualan RM20,000 hingga RM100,000 sebulan. Bagi Haslam , menjadi guru bukanya satu rezki tapi amanah daripada Allah .

Perkongsian beliau di akaun TikTok Sir Hazz kerap tular mencecah ratusan ribu hingga 2.9 juta tontonan, malah turut diikuti oleh usahawan terkenal tanah air, Dato’ Sri Aliff Syukri.

Kini, selepas membimbing ribuan anak murid  , Haslam memilih untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agensi media miliknya sendiri.