Pensel Warna Luna VS Stabilo: Mana Satu Lebih Hebat Dari Segi Marketing?

Luna dan Stabilo dua-dua jenama yang memang popular dari zaman kita sekolah rendah dan tadika dulu. Waktu tu, ramai budak-budak rasa bangga bila dapat pakai jenama Luna atau Stabilo. Tapi kalau tengok balik dari segi pemasaran, mana satu yang  lebih hebat? Sebenarnya kedua-dua jenama ini ada kelebihan masing-masing mengikut kategori produk.

Kategori pensel warna dimenangi oleh Luna

Untuk pensel warna, jenama Luna memang pegang pasaran. Bila kita guna untuk mewarna lukisan, hasil warna Luna nampak lagi cantik dan kemas. Pensel warna Luna juga rasa lebih ringan dan senang digunakan. Berbanding pensel warna Stabilo, mata penselnya rasa sedikit tebal dan besar macam pensel 2B, buatkan ia agak keras dan susah sikit nak kawal bila mewarna.

Kategori pemadam dan highlighter dimenangi oleh Stabilo

Bila masuk bab pemadam dan pen penanda, Stabilo memang juara. Masa zaman sekolah menengah dulu, terutamanya bila nak hadapi peperiksaan macam UPSR, PMR, dan SPM, cikgu-cikgu selalu pesan supaya guna pemadam hitam Stabilo. Pemadam hitam ni memang betul-betul bersih bila padam kertas jawapan OMR tanpa mengoyakkan kertas. Selain pemadam, pen penanda Stabilo warna kuning dan hijau pula jadi pilihan wajib budak-budak yang rajin baca buku Sejarah atau Kamus Dewan. Pemasaran Stabilo makin bijak bila mereka buat set alat tulis lengkap sekali dengan pen dan pemadam dalam satu paket plastik. Pakej yang nampak jimat ni terus buatkan budak-budak sekolah pakat beli produk mereka.