Pemasaran Gaviscon Yang Buat Jenama Ini Berkembang Cepat Di Malaysia

Gaviscon ni bukannya orang biasa guna dahulu, tetapi hanya disebabkan satu iklan Gaviscon yang selalu muncul di TV, maka semakin ramai yang akui menghadapi masalah dada pedih dan susah nak hadam makanan. Jadi, Gaviscon lah penyelesaiannya. Tetapi kenapa semakin ramai orang guna sedangkan jenama Gaviscon ni belum wujud sebelum ini?

Iklan dalam TV pasal bomba redakan pedih ulu hati ni memang popular di TV tahun 2012 dulu dan sampai sekarang mereka masih guna iklan ni. Anggota bomba inilah yang buat orang ramai ingat jenama ni sampai kita dapati ramai budak-budak yang dulu pernah nampak iklan ni, siap bila dah 10 tahun berlalu dan dah besar, mereka akan cakap, “dulu selalu fikir macam mana bomba masuk dalam badan.” Iklan tu memang tidak logik, tetapi ramai orang ingat dan guna Gaviscon hanya disebabkan iklan ni.

1. Penggunaan watak Johan dan Jehan dalam badan

Iklan Gaviscon yang popular di TV dan popular di YouTube sampai dapat ratusan ribu views dekat YouTube sebenarnya agak unik. Ia menunjukkan dua lelaki kembar iaitu Johan dan Jehan yang ada masalah pedih ulu hati dan ketidakhadaman lepas makan banyak. Akhirnya mereka guna Gaviscon barulah reda. Sampai sekarang kita tidak pasti Johan dan Jehan ni adakah benar lelaki kembar ataupun orang yang sama kerana muka mereka sama.

2. Wujudnya perubahan daripada guna botol Gaviscon ke sachet

Disebabkan Gaviscon ni popular sangat dengan bentuk botol dulu, dan disebabkan wujudnya macam-macam produk dalam bentuk sachet, maka mereka pun keluarkan sachet Gaviscon yang jujur amatlah memudahkan pelanggan. Ini satu cara buatkan orang beli Gaviscon dengan harga lebih rendah dan semakin ramai akan beli sebab nak tarik orang beli murah lagi senang. Sachet pun senang digunakan, lebih cepat, mudah, dan senang buang berbanding botol. Ini adalah idea yang bijak dari Gaviscon kerana buat perubahan ini. Walaupun botol masih lagi diwujudkan, kemungkinan sachet ini hanyalah umpan marketing mereka supaya akhirnya orang akan beli dalam botol. Tetapi dalam sachet ni sebenarnya sesuai untuk target orang yang nak pantas, contohnya usahawan dan pekerja yang tak ada masa nak buka botol dan minum dekat situ.