Betul Ke Pemasaran Kellogg’s Di Malaysia Dan Luar Negara Berbeza? Ini Perbezaannya

Cara Kellogg’s buat pemasaran tidak akan sama di US dengan di Malaysia. Bukan Kellogg’s sahaja, malah jenama gergasi lain seperti Nestle juga akan melalui strategi penyesuaian yang sama untuk memikat hati pelanggan tempatan. Jadi, jom kita belajar bagaimana pasaran US dan Malaysia melakukan pemasaran untuk produk mereka secara berbeza.Berdasarkan pemerhatian kami kepada pasaran di Malaysia, produk bijirin sarapan Kellogg’s secara agak kurang popular untuk beberapa variasi biasa dan sedikit sukar untuk melawan dominasi jenama Nestle seperti Koko Krunch, Honey Stars, dan Milo Cereal yang lebih dekat dengan citarasa tempatan. Bagaimanapun, ada satu produk Kellogg’s yang paling meledak di pasaran Malaysia iaitu Kellogg’s Corn Flakes. Produk ini menjadi tersangat popular kerana masyarakat Melayu di Malaysia pasti akan menggunakan corn flakes ini sebagai bahan utama untuk membuat kuih raya tradisi iaitu biskut cornflakes madu. Di situlah Kellogg’s bijak mengambil peluang membuat pemasaran melalui iklan bermusim di YouTube dan televisyen yang memaparkan gelagat ibu dan anak membuat biskut raya. Slogan ikonik mereka iaitu “Satu untuk biskut, satu untuk saya” berjaya membuatkan ramai orang ingat sehingga ke hari ini. Ditambah pula dengan strategi sentiasa berkongsi resipi cara membuat kuih raya menggunakan corn flakes, pemasaran ini sangat berkesan sehinggakan apabila sebut sahaja pasal corn flakes, orang ramai akan terus memilih jenama Kellogg’s berbanding jenama lain yang wujud di pasaran.

Sebaliknya, keadaan pasaran di luar negara pula menunjukkan situasi yang sangat berbeza. Produk seperti Frosted Flakes oleh Kellogg’s yang kurang popular dekat Malaysia rupa-rupanya tersangatlah terkenal di sana. Di luar negara, Frosted Flakes amat dikenali dengan maskot kartun harimau yang nampak aktif bersukan dengan slogan iklan yang sangat konsisten iaitu “They’re great!“. Kalau di Malaysia kita sudah terbiasa dengan maskot beruang koala Koko Krunch yang memakai baju kuning, di luar negara pula karakter harimau bernama “Tony the Tiger” inilah yang menjadi simbol kebanggaan utama dan kekuatan pemasaran bagi produk Frosted Flakes